Dengan namaMu, segala puji ku hadap padaMu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, sorong tarik nafasku.
Selawat dan salamku ucapkan untuk rasulMu, nur segala cahaya nur, ain kecintaanMu, dan untuk keluarga dan sahabat-sahabat rasulMu, bintang-bintang peyebar cahaya agamaMu.
Dan Allah SWT berfirman di dalam Quran;
"Orang orang yang bermujahadah* pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami".
*Mujahadah: berjuang melawan godaan hawa nafsu.
Dan Rasulullah telah bersabda dalam Bukhari dan Muslim, getusan hadis-hadisnya;
"Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar olehmu kepadaku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya makan Ia (Allah) melihat engkau".
суббота, 6 октября 2007 г.
Подписаться на:
Комментарии к сообщению (Atom)
1 комментарий:
pembetulan;
ayat yang last tu bukan "makan" tetapi "maka"... oleh itu, hadis yang tepat seperti dibawah:
"Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar olehmu kepadaku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya maka Ia (Allah) melihat engkau".
Отправить комментарий