воскресенье, 21 октября 2007 г.

Bercerai

Hari ni kita cerita bab sembahyang pulak. Dah asyik cerita pasal hati, kita ubah pulak angin.. Dalam bahasa melayu, kita panggil sembahyang. Asalnya "solah" yang diambil dari perkataan "waslat". Waslat ni berarti lekat atau menghampiri.

Bagi ahli zahir yang memahami ini akan menyatakan: "sembahyang itu ialah mematuhi hukum-hukum yang tertentu, dimulai dengan niat dan diakhiri dengan salam"...

Ahli batin pulak cakap: "penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang dicintai"

Hmmmm.... macam mana nak terangkan ni? Macam ni lah... Solat tu perlu ada wuduk. Kita pi bilik air, then amek wuduk. Makna wuduk yang mendalam ialah "perceraian" dan solat itu adalah "penyatuan"... Kita menceraikan diri kita dengan segala kekotoran dan kemudian menyatukan diri kita dengan cinta yang abadi...

"Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu"- inilah sembahyang yang berkekalan...

Sembahyang yang berkekalan itu adalah tenggelamnya pencinta dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah 5 waktu sehari semalam. Sembahyang yang 5 waktu itu menghadap ke kiblat. Tapi sembahyang yang berkekalan itu menghadap kepada wajah Allah..

"Dan bagi Allah timur dan barat; ke mana sahaja kamu menghadapkan mukamu di situ ada wajah Allah. Sesungguhnya Allah meliputi semuanya dan Maha mengetahui".. Al-Baqarah 115.

Penglihatan dan kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak disangka-sangka. Ia datang pada masa yang tidak disangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang diperlui...

суббота, 20 октября 2007 г.

Mencari Sesuatu Yang Hilang

Mencari sesuatu mestilah dengan dimulai dengan kehilangan sesuatu... Macam mana hendak merasai dan menghargai perjumpaan sesuatu yang kita kita tidak pernah hilang atau sesat daripadanya? Puncak kemanisan itu hanya untuk orang yang pernah merasai kepahitan.

"maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir"

Sesat

Bond terfikir hari ini... Siapa sebenarnya sebenarnya bond ni?? Islam? Kristian? Yahudi? Free-thinker? Benar benar bond telah sesat dalam kejahilan dan kebodohan diri yang menyesatkan...

Siapa antara kita yang pernah naik kapal terbang? Kalau stakat budak budak kat moscow ni, bond boleh cakap hampir semua orang datang sini naik kapal terbang... Belum pernah plak bond dengar ada yang naik kapal datang sini... Naik tongkang jauh skali... Siapa yang tak pernah tengok sign board "Lost and Found"? Semua pernah tgk kat airport.

Ada yang datang sini dan beg dia hilang. Ape kita buat? First skali kita sure g ke kaunter "Lost and Found".. kita buat aduan. then diorang pn mencari. Kalau nasib baik, jumpe, kalau tak, dia cakap datang lagi seminggu atau dua minggu lagi... Kalau dah lama sangat tak jumpe, dia pn hulurkan duit sebagai ganti rugi...

Dalam hidup ini, terus terang bond cakap, adakalanya, sangat penting untuk kita sesat dulu. Zaman kesesatan kita tu lah yang akan membawa kepada zaman kegemilangan. Bond sendiri pernah sesat. Awal remaja dulu, sesat sangat. SANGAT SANGAT SESAT. Pernah bond rujuk kepada guru bond, dia cakap biarlah... "biarlah kau sesat dahulu.... biarkan dirimu mengenal erti sesat... biarkan kau kenal erti pahit hidup dalam kesesatan"... masa berlalu, dan bond masih lagi sesat....

Alasan yang diberikan sangat mudah... Dan sangat mengusik perasaan bond... Makna yang dibawa sangat mendalam... Kesesatan itu adalah kepahitan hidup. Semakin banyak kepahitan dari kesesatan yang kita rasai, semakin tinggi kemahuan kita untuk mengeluarkan diri dari kesesatan tersebut...

Carilah dirimu yang sebenar... Kenali dirimu dengan sebenar benarnya... Dari kita mengenal diri itulah yang akan membawa kepada kemanisan dalam hidup ini... macam mana kita nak tahu rasa manis kalau kita tak pernah rasa pahit? Rasa pahit itulah yang membawa kepada rasa manis... Selepas banyak merasai kepahitan, barulah kita dapat merasai kemanisan. Itulah yang ingin guru bond sampaikan...

Kemanisan beragama ini diibaratkan macam ni... Macam sebiji buah di atas dahan.. Kalau buah tu belum masak, kita petik dan rase, sure masam... Tapi kalau buah tu dah ranum atas dahan, then kita petik, sure manis dan sedap dimakan... Tapi ada kala nya, kita petik buah tu separuh masak... itu yang kita dapat rasa masam dan manis pada waktu yang sama... Manis dan masam itu bercampur kerana buah tersebut belum dapat memberikan "tenaga" yang sebenar... belum sampai kemuncak. Belum climax bak kata orang tu.. ;-)

Maka, biarkan lah diri kita sesat. Biarkan lah remaja remaja itu sesat... Tetapi ajarkan lah kepada diorang ni cara untuk mengenal diri... Pengenalan diri itulah yang akan membawa kemanisan dalam hidup ini.... Biarkan orang tu sesat dan mencari dirinya... Insyaallah akan berjaya...

пятница, 19 октября 2007 г.

Membersihkan Jiwa

Manusia yang hidup pasti memerlukan kebersihan diri.. Manusia yang hidupnya kotor, tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya, atau menghampirinya. Pendek cerita, dia akan dipandang jijik dan takde orang nak dekat dengan dia... Sebab tu lah, bila kotor je, terus kita pi bersihkan diri... Demikian yang itulah yang dianjurkan oleh syariat Islam supaya manusia berada keadaan bersih secara zahir dan batin. Suci murni luar dan dalam. Dalam blog ni, bond nak focus pasal membersihkan jiwa..

Kita hendaklah sedar bahawa adanya kotoran jiwa atau kekotoran batin dalam diri kita tiada lain disebabkan oleh dosa dan kesalahan kita. Seperti post yang bond dah cerita sebelum ni, dalam diri anak adam itu ada seketul daging yang kalau bersih daging tu, bersihlah seluruh badannya, kalau kotor daging tu, maka kotorlah seluruhnya. Hati itulah yang kena dibersihkan. Satu kesalahan membawa kepada satu tompok hitam pada hati tersebut. Bila dah selalu ditompoki dengan titik hitam dan kita tak "servis" hati tu, maka akan hitam teruslah hati tu.. Tu yang jammed bila nak pakai dengan betul.

Hati yang hitam sangat sukar untuk menerima cahaya. Sangat sukar untuk menilai baik dan buruk. Sebab itulah, seperti yang disampaikan oleh atok dan guru agama bond, zikir tu ibarat senjata yang dapat membersihkan hati dari tompok tompok hitam tersebut. Abang nurin (sepupu bond) menerangkan, ibaratkan zikir tu menembak kekotoran yang ada pada hati dan dalam masa yang sama membersihkan hati. Amalan zikir hati ini tidaklah susah sangat.. Tapi memerlukan kesabaran dan istiqomah dalam melakukannya.. Hati kita sepatutnya tak boleh lupa kat Allah.

Secara hakikat batin, hati kita akan terus tercemar bila mana kita lalai dari mengingati Allah. Ditambah pula dengan perangai buruk dan kelakuan jahat kita. Sikap sikap negatif seperti sombong, takabbur, dengki bongkak, mengadu domba antara kita, fitnah, marah, hasad, dan syirik ini lah yang membuatkan hati tu "bengkak" dan hitam. Tak sampai nur cahayaNya dalam hati tersebut.

Secara zahir, hati kita ni boleh kotor kalau kita makan benda yang haram. Kadang kadang terlepas yang perkataaan yang lucah. Bond pn slalu buat benda benda ni.. Harap kawan kawan yang lain dapat tegur bila terlepas cakap. Ada masanya kita mengeluarkan perkataan yang kesat dan sampai ada orang tu kecik hati. Ni dah kira kita berlaku zalim pada orang tersebut dan berlaku zalim pada diri sendiri. Bila benda benda ni berlaku, macam mana rahmat tuhan tu nak sampai? Macam mana doa kita nak makbul?

Oleh yang demikian, marilah kita bersama sama membersihkan hati. Banyakkanlah berzikir. Bagi yang mengamalkan zikir zikir yang tertentu, amalkan lah seperti yang di ajarkan oleh guru masing masing. Carilah titik yang tidak bergerak dalam diri korang, dari titik itulah mulakan membersihkan diri. Rujuklah kepada guru kalau tak faham. Kerana bab pembersihan hati ni memerlukan petunjuk dan bimbingan yang benar dan bersih dari guru yang murshid. Dan abdikan diri kita kepada yang Maha Esa.

Bond nak sampaikan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sufi yang terkenal. Makna sangat mendalam bagi yang faham. Kalau tak faham, buat buat faham je lah ye :-)

Inside this new love.....die,
Your way begins on the other side,
Become the sky,
Take an axe to the prison wall,
Escape,
Walk out like someone suddenly born into color,
Do it now,
You're covered with thick cloud,
Slide out the side,
Die...and be quiet,
Quietness is the surest sign that you've died,
You're old life was a frantic running from silence,
The speechless full moon comes out now.

p.s: I'm deeply in love with someone that i love ever since.....

среда, 17 октября 2007 г.

Hati yang Bersih

Masuk dah waktu maghrib untuk hari yang ke 7 Syawal. Buat pemburu pemburu "markah lebih", inilah masanya untuk top up pahala puasa. Sama ada yang berpuasa enam, atau bagi kakak kakak yang nak ganti puasa tu, banyak fadhilat berpuasa bulan Syawal ni.

Topik hari ni ialah pasal hati yang bersih. "Cemmano nak brosihkan hati ni jang?"; "Hok lagu mano nak bresih hati nih?"... yang berat tu diringankan. Islam itu agama yang mudah, tapi bukan untuk dipermudah mudahkan.

Macam ni la.. Cuba dengar lagu.. tak kira la lagu tu lagu matsalleh ke, lagu melayu ke, lagu hindustan ke, cuba perhatikan lirik lagu tu... bagi aku, banyak lagu yang boleh kita buat nak bersihkan hati. Bayangkan lagu cinta. Ayat tak leh nak jiwang lagi. Untuk hati yang bersih, kecintaan yang sejati hanya satu. Dengar lagu mana lah pn skali pn.. Lagu tu pasti di "related" kan dengan yang Maha Esa. Tak semestinya lagu cinta tu tak elok. Cinta patut di tumpukan pada yang satu.

Bukan bond nak kata tak bleh bercinta sesama manusia. Yang berlainan jenis i mean. Boleh, tapi kecintaan pada yang Maha Esa itu mestilah melampaui segala kecintaan terhadap makhluk. Kita ni datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Ingat tujuan asal hidup ni, pasti kan berjaya..

Berbalik kepada bab lagu ni, cuba perhatikan lirik lagu ni...

In Loving Memory Lyrics
Artist(Band):Alter Bridge


Thanks for all you've done
I've missed you for so long
I can't believe you're gone
You still live in me
I feel you in the wind
You guide me constantly

I've never knew what it was to be alone, no
Cause you were always there for me
You were always there waiting
And ill come home and I miss your face so
Smiling down on me

Lagu ni penuh dengan kecintaan. Kalau lagu ni ditujukan kepada yang Maha Esa, penuh dengan khusyuk kita nyanyi... Aku pn layan gaks lagu ni.

Tidak semestinya benda yang baik itu baik dan benda yang buruk itu buruk. Semuanya bergantung kepada pembawaan. Bagi yang masih dalam "perjalanan", kadang kadang dapat cahaya yang sikit. Cahaya itu adalah cahaya kebenaran. Tapi, disebabkan cahaya itu belum dapat menerangi jalan dengan sepenuhnya, adakalanya tersesat lah sikit. Oleh yang sebegini lah kita kena slalu berdamping dengan orang yang dah banyak "cahaya"... Supaya tidak tersesat jalan. Diibaratkan seseorang yang dapat mancis sebatang dan nak redah hutan tengah malam. Lainlah kalau pakai lilin atau torch light. Baru lah sampai kedestinasi yang ditujui.
Lagu lagu yang ada lirik cinta yang baik elok kalau dibawa dengan
kecintaan terhadap Allah.

Ingat, solat tu ibarat pertemuan
bagi orang yang bercinta...
Membaca al-quran itu ibarat
membaca surat cinta buat pencinta sejati...


***matilah kamu sebelum bahawa mati kamu,
yakni mati ikhtiar....***

вторник, 9 октября 2007 г.

Mata Hati

Hari ni, tiba tiba aku mcm berhajat pulak sambung blog ni... Bak kat member member dalam trolleybus nak g lecture tadi, "tulis blog jangan sekerat sekerat... Jangan plak ramadhan akan datang plak akan ada satu lagi post.." Tersenyum aku dengar komen member member ni... So, skang baru ada kesempatan nak tulis blog... Tajuk dia ringkas je. "Mata Hati"..

Baiklah, aku rase semua orang tau yang mata zahir tu Allah swt kurniakan untuk kita memandang kepada segala yang zahir, atau yang lahir yang dapat dilihat oleh pandangan biasa. Mcm kita tgk kita tgk makanan nak buka puasa tadi, sure nampak kurma dua tiga ulas, nasi sepinggan dan lauk semangkuk dua.. :-) ok, tu adalah kira mcm definition untuk mata zahir.

Tapi, aper benda pulak mata hati ni? Kepada yang dah pernah baca blog bond dua tiga hari lepas, bond ada cerita yang hati ni ibarat raja. So, raja tak kan lah nak tgk barang barang yang orang lain boleh nampak. Kira aper barang raja tgk "common stuff" yang rakyat jelata boleh tengok. Sure raja nak tgk "special stuff" yang rakyatnya tak boleh tengok.. Dipendekkan cerita, mata hati ni adalah mata roh. Atau dikenali dengan nama "Bashirah". Mata ni hanya akan terbuka untuk orang orang yang hampir.. Hampir kat siapa? Mestilah hampir kepada "Raja kepada segala Raja".

Bagi orang orang yang mengenal diri, tujuan nya tiada lain hanya untuk mendapatkan rahmat Allah.. Nak rapatkan diri dengan Allah. Bukan senang nak rapatkan diri dengan Allah walaupun Allah dah cakap dalam Quran yang Dia tu lagi dekat dengan kita dari urat tengkuk kat leher. Tak boleh nak dekat lagi dah. Dah paling dekat lah tu. Tapi masalahnya, kita ni yang rasa jauh dari "King of All Kings". Oleh yang demikian, mata hati ni lah yang perlu dibuka dan digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan lagi kita dengan yang Maha Esa.

Dengan kata lain, manusia dicipta untuk mengenal Allah. Sekiranya kita tak kenal Allah, maka macam mana nak sembah Allah? Macam mana nak puji Allah dan macam mana kita nak mintak tolong kat Allah? Boleh ke sedap sedap mintak tolong kat orang yang kita tak kenal? Tak dapat lah Jack!!! Kenal Allah dulu.. Lepas tu baru boleh sembah Dia.

Dalam kata lain, awal agama mengenal Allah. "Awalluddin Ma'rifatullah". Pendek cerita, tak kenal Allah maknanya tak sempurna agama. Ni dah kira kes berat ni... Panjang cerita. So kira aku nak pendekkan lagi blog ni, marilah kita menjadi ahli golongan orang yang berjalan kembalik menuju kepada Allah. Jangan sampai kita tunggu jalan tu dah tak boleh nak lalu lagi atau dah takde orang yang boleh bagi petunjuk lagi untuk ke jalan tu.

Kita datang kat bumi ni yang sempit ni bukan sekadar nak makan atau minum atau beromen atau nak enjoy je... Aku tangguhkan blog ni dengan firman Allah:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

p.s: bukakanlah mata hatiku dan mata hatimu.

wassalam.

суббота, 6 октября 2007 г.

Siapa kita sebenarnya?

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."

*diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Topik kita hari ni ialah pasal hati. Dari keterangan hadis di atas, dapatlah kita faham sedikit sebanyak bahawa hati memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Terutama bagi kita yang menganggap diri sebagai seorang muslim.. Kalau bond nak cerita pendek, senang cerita hati ni macam raja. Anggota badan kita yang lain ni ibarat rakyat jelata yang ikut sahaja cakap raja dan sangat patuh kepada perintah raja. Itu yang kalau hati kita kata hari ni kita pergi kelas, maka ke kelas lah kita.. Kalau hati tu kata hari ni kita ponteng dan lepak dalam bilik, maka bakal melepaklah kita dalam bilik selama mana kita berhajat dalam hati untuk ponteng..

Hati ini juga selain daripada bergelar raja, ia juga panggil "hakikat keakuan". Aku ini dan aku itu. Aku pergi ke sana, aku datang ke sini, bilik tu aku punya, awek tu awek aku, buku tu aku punya.. semuanya aku, aku, dan aku.. "Aku" itulah yang sebenarnya hakikat insan yang kerana ia ganti nama bagi ruh atau hati dan dia ni kira mcm Tok Dalang dalam wayang kulit. Badan ni ibarat patung yang digerakkan oleh ruh. Apabila ruh bercerai dari tubuh kasar nescaya tubuh badan tu jadi ibarat tunggul kayu yang menanti hancur reput.

Ruh ni datang dari alam ghaib. Semua orang tau pasal ni. Dan ruh ini lah yang akan kembali ke alam ghaib jugak. Mcm badan kitalah, asal dari tanah, bila dah "tamat tempoh", maka badan atau jasad ni dikembalikan semula kepada tanah. Sbb tu bila kita dah meninggal dunia, kita kena tanam. So, berbalik kepada cerita pasal ruh ni, ruh ini wujud sebelum alam kasar ini wujud. Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat sementara ini kerana ada tujuan untuk menerima ujian.

Maka, adalah amat penting bagi kita untuk mengenal siapa diri kita yang sebenarnya.. Dan dari situlah kita dapat memperbaiki amalan dan gaya hidup kita. Bulan Ramadhan pn dah nak habis. Jumaat depan tamat lah ujian berpuasa untuk tahun ni... Maka, untuk hari hari yang berbaki ni, mari lah kita sama sama memperbanyakkan ibadah. Ibadah khusus dan ibadah awam. Sebab belum tentu kita akan jumpa lagi ramadhan yang akan datang.

Wassalam.

Tasauf Di Bulan Ramadhan

Dengan namaMu, segala puji ku hadap padaMu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, sorong tarik nafasku.

Selawat dan salamku ucapkan untuk rasulMu, nur segala cahaya nur, ain kecintaanMu, dan untuk keluarga dan sahabat-sahabat rasulMu, bintang-bintang peyebar cahaya agamaMu.

Dan Allah SWT berfirman di dalam Quran;

"Orang orang yang bermujahadah* pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami".

*Mujahadah: berjuang melawan godaan hawa nafsu.

Dan Rasulullah telah bersabda dalam Bukhari dan Muslim, getusan hadis-hadisnya;

"Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar olehmu kepadaku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya makan Ia (Allah) melihat engkau".