воскресенье, 21 октября 2007 г.

Bercerai

Hari ni kita cerita bab sembahyang pulak. Dah asyik cerita pasal hati, kita ubah pulak angin.. Dalam bahasa melayu, kita panggil sembahyang. Asalnya "solah" yang diambil dari perkataan "waslat". Waslat ni berarti lekat atau menghampiri.

Bagi ahli zahir yang memahami ini akan menyatakan: "sembahyang itu ialah mematuhi hukum-hukum yang tertentu, dimulai dengan niat dan diakhiri dengan salam"...

Ahli batin pulak cakap: "penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang dicintai"

Hmmmm.... macam mana nak terangkan ni? Macam ni lah... Solat tu perlu ada wuduk. Kita pi bilik air, then amek wuduk. Makna wuduk yang mendalam ialah "perceraian" dan solat itu adalah "penyatuan"... Kita menceraikan diri kita dengan segala kekotoran dan kemudian menyatukan diri kita dengan cinta yang abadi...

"Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu"- inilah sembahyang yang berkekalan...

Sembahyang yang berkekalan itu adalah tenggelamnya pencinta dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah 5 waktu sehari semalam. Sembahyang yang 5 waktu itu menghadap ke kiblat. Tapi sembahyang yang berkekalan itu menghadap kepada wajah Allah..

"Dan bagi Allah timur dan barat; ke mana sahaja kamu menghadapkan mukamu di situ ada wajah Allah. Sesungguhnya Allah meliputi semuanya dan Maha mengetahui".. Al-Baqarah 115.

Penglihatan dan kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak disangka-sangka. Ia datang pada masa yang tidak disangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang diperlui...

5 комментариев:

Mesin Kata комментирует...

hatiku syahdu...

fairuzanuar комментирует...

kesyahduan itu tanda tanda ingin bercerai dan AKAN menyatu dan bertemu..

afiqawe комментирует...

akh...

jom la solat jemaah 5 waktu di surau kita...

lelaki afdal bersolat di situ...

Deep Throat комментирует...

Menarik topik ni. Tapi kalau setakat solat aje tapi tak mengerti intipati solat, tak guna jugak.Tapi, kena tahu siapa yang di sembah, siapa yang menyembah dan apa yang di persembah. Kenali diri sendiri dengan dalam. Bukan setakat nama kita sendiri tapi rahsia-rahsia yang terdapat dalam diri sendiri. Solat dengan mata kasar...itu yang bak kata orang noghori...terkeluceh...solat dengan mata hati...baru tahu kat mana Allah. Cari di mana manisnya solat. Bukan sekadar solat aje. Manisnya terletak di mana? Umpama bismillah...kita ucapkan setiap hari, tapi di mana manisnya?

Deep Throat комментирует...

Keep on blogging...!!