Agak lama bond tak menulis blog. Mungkin disebabkan kesedihan yang masih belum dapat bond hilangkan dek pemergian ayah yang tersayang. Ayah yang selama ini menjadi "penasihat perdana" (Prime Advisor) atau penasihat fundamental kepada bond. Ayah yang juga teman baik untuk berborak borak tiap tiap hari walaupun ribuan batu jauhnya dari bond di Moscow ni.
Tak dapat bond teruskan blog ni kalau terus menerus bersedih kerana arwah tidak akan mendapat manfaat disebabkan oleh kesedihan ini. Bacaan ayat-ayat suci jualah yang dapat menenangkan hati.
Bercerita pasal hati, bond nak sentuh sedikit sebanyak pasal menyingkap hijab. Hijab itu kalau mengikut makna yang difahami adalah tabir yang menutup pandangan manusia. Tapi bond tak nak cerita pasal mata fizikal. Sebab cikgu Anatomy pn dah puas cerita. Hari ni bond nak cerita pasal mata hati. Hijab pada muka hati. Yang bila terhijab muka hati ini, maka butalah mata hati... Buta bukan bermaksud buta pada zahir, tapi buta sehingga tidak dapat melihat atau tidak dapat mengenal hakikat yang perlu ia mengenalinya. Sampai ketahap yang bond boleh cakap BUTA lah senang cerita...
Mata yang buta tidak akan dapat melihat cahaya (nur) yang membawa kita memandang ke akhirat.
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada" (Al-Hajj: 46)
Bond nak tanya sikit, berapa ramai antara kita yang masih peduli pasal umat islam hari ni? Berapa ramai yang lupa tujuan hidupnya? Berapa ramai yang lupa Allah dan utusannya Nabi Muhammad? Berapa ramai yang lupa janjinya dengan Allah di alam roh dahulu sebelum lahir ke dunia ini? HAMPIR SEMUA ORANG. Susah nak cakap. Bond cakap lebih lebih, diri sendiri pn slalu lalai.
Bukankah kita semua ni masa di alam roh dah ngaku dengan penuh kesungguhan yang Allah tu tuhan kita, kita telah berjanji akan menyembahNya dan mematuhi perintahNya? Memang, mula mula kita mungkir janji... tapi sampai bila kita nak mungkir janji? Dah kira klentong dah kalau asyik mungkir janji je. Untuk mengelakkan dari kecelaan dan kehinaan ini, maka perlulah kita termasuk bond sendiri membersih hati dan menggilap cermin hati.
Lagu mana nak bersihkan cermin hati ni? Kilatkan mcm kita basuh pinggan dalam bathtub kat hostel tu ke? Tok guru bond slalu sebut, tuntut ilmu dan amalkan ilmu tu.. tak guna kalau tak beramal. Rahmat tuhan tak sampai kalau tak beramal. Kita mesti amalkan dengan bersungguh sungguh.. Buang segala benda syirik. Blajar ilmu tauhid dan kita cuba capai kehampiran yang akrab dengan Allah taala.
Bukan senang geng geng skalian... Bukan senang... Practically benda ni mmg susah. Tapi kalau kita buat secara berterusan dan tidak pernah putus putus meminta rahmat dan petunjuk dari Allah taala, insyaallah, hati kita tu akan hidup kembali dengan cahaya nur Tauhid...
Benda pertama yang mesti kita lawan ialah jahil. Kita mesti sedar yang kita ni jahil.. tapi kalau kita ni sedar diri dan cermin diri sendiri selalu, tidak mustahil kita dapat mengenal apa yang WAJIB dikenal secara pasti...
Kita akan ingat tempat asal dan tempat tinggal kita yang hakiki. Kita akan ingat tempat dari mana kita datang dan kita akan kembali... Kita mesti ingat, yang kita datang dari tempat yang paling mulia dan paling tinggi, iaitu dari sisi Allah taala. Lepas tu baru lah kita rasa rindu nak pulang kembali ke tempat asal kita tu. Sampai masa dan ketikanya, dengan izin Allah, roh yang suci dalam diri kita akan kembali dan "berpadu" dengan Dia.
Mungkin apa yang bond tulis dalam blog kali ni agak pelik dan sukar difahami. Harap harap rakan rakan tak salah faham. Ingat pesan bond yang bond lalu cakap dalam post post sebelum ni... Belajar biar berguru. Kalau dok ngaji buku je, tak sampailah maksud ilmu yang ingin disampaikan tu...
Wassalam...
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Allah hu Akbar
Mohd Fairuz Anuar
суббота, 15 декабря 2007 г.
Подписаться на:
Комментарии к сообщению (Atom)
5 комментариев:
Salam Bond.
dan juga....
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya."
Mungkin ini penjelasan:
1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.
2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.
3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.
4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.
5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.
tambahan info yang sangat dalam maknanya dari awe... semoga perjuangan akan diteruskan walaupun cabaran dan halangan menunggu... semoga ita menguatkan ummah kita.
let the energy of dakwah berterusan dan berkekalan...
terima kasih awe.
Moga hati dibukakan ke arah kebaikan. Ameen.
Salam....
Bila bercermin nie pun kena berhati=hati juga. Apakah benar reflection yang ada di depan kita itu adalah kita atau bayangan orang lain yang selama ini kita sangkakan adalah diri kita sendiri?
Jadi untuk itu, sebelum hijab dapat di buka, kita balik pada asal. Kenali diri kita, kenapa, mengapa kita di jadikan dan di lahirkan kedunia. Ketika itu baru kita mengenali wajah yang berada di cermin hati tersebut. Susah pada mereka yang tak ingin mengenali hati mereka dan diri mereka.
Tapi, hati-hati bercermin kerana takut terlebih mengenali diri sendiri sehingga mengaku menjadi 'Aku' seumpama Al Hallaj dan Syeikh Siti Jenar. Apa jua reflection yang terdapat pada cermin hati tersebut, anda mesti ingat anda masih lagi hamba. Jika tidak akan terungkap lah perkataan Ana Al-Haq atau Akulah Kebenaran. Allah tak pernah berahsia pada hambanya tapi hamba mesti merahsiakan rahsia Allah seandainya mereka mengetahuinya.
Sambungan pada comment yang saya tinggal tadi. Cermin hati ini...maka kita kena gunakan makrifat, hakikat, tarekat dan Syariat. Baru bersih hati kita dengan sebersih bersihnya dan tenang setenang-tenangnya.
Cermin hati. Hmmm. Ada satu persoalan di sini....seandainya anda semua mampu menjawab. Ketika Rasulullah SAW (Moga Allah SWT merahmati junjungan kita) mikraj ke langit melepasi Sidatuha Muntaha, bertemu dengan Allah SWT, apakah Rasulullah SAW melihat Allah SWT melihatNya dengan mata Zahirnya atau mata batinnya? Moga Allah SWT memberi anda semua petunjuk.
Wallahualam.
Wassalam....
Отправить комментарий