воскресенье, 4 мая 2008 г.

Searching For The Ultimate Truth

Assalammualaikum to my fellow friends and readers.

It's been quite a while since the last time I write something for this blog. Practically, I was very busy with my daily living activities. Most of my time spent for classes and my new hobby; photography.

Speaking of daily living activities (I mean as a muslim), we ought to do all the Fardhu Ain Matters which is the building blocks of practicing Islam. But its not my intention here to discuss about Fardhu Ain since it's the obligatory of every muslim. It is absolutely essential to practice according to the four main pathways to reach the Ultimate truth (Syariat, Tarikat, Makrifat, Hakikat). We must always remember that by doing all the obligations and knowing the meanings and the hikmah behind those will strengthen our believe in the searching for the Ultimate Truth.

In the searching of the Ultimate Truth, we might find ourself lost. Lost in the rahmah Allah swt. and disgrace ourself infront of Allah who is the All-Knower, All-Wise. Only taqwa will differentiate one muslim to another. Some ulama says, its not our ibadah that will bring us to Heaven but our akhlak (moral) or behavior. Akhlak majorly mentioned in tasauf because the behavior of human comes from the Niat and Niat is not related to the mind but to the heart(qalbu). And tasauf is the knowledge circulating within the heart and it arranges the perfect relationship with Allah SWT as the Source of Power and for the ultimate success of Islam.

May Allah help us to find ourself...

понедельник, 31 декабря 2007 г.

Madat

Assalammualaikum,

Hari ni bond nak cerita pasal "madat".. Buat yang yang tak tau ape tu madat, biar bond buat introduction pasal "madat" ni... Madat ni pada pemahaman bond ialah suatu keadaan keashikan bercinta dengan Yang Maha Esa semasa berzikir dalam majlis zikir beramai ramai atau secara bersendirian (seorang diri). Keadaan yang mana kita hanyut dalam lautan cinta dan rahmat Allah. Atau dengan kata lain telah mencapai "fana".

Yang dimaksudkan fana di sini ialah bahawa seluruh makhluk ini bahkan termasuk juga dunia dan diri sendiri hilang semua sekali dalam ingatan hati kerana dah karam dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah. Dalam masa yang sama, terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran badan kita ni (pancaindera).

Fana ini tak akan terjadi melainkan kita mensyuhudkan kepada salah satu daripada Af'al Allah, Asma Allah, Sifat Allah atau Zat Allah. Bila hati sudah bersih, bila kita teringat kepada perbuatan Allah (Af'al Allah), atau sifat-sifat Allah, tu yang jadi tak sedarkan diri sebab karam dalam kesedapan dan kelazatan rahmat Allah.

Ada sesetengah orang, bila dah madat atau fana ni, dia dah mula tak boleh control diri dia. Menggeletar tubuh badan. Badan rase seram sejuk. Dan sampai satu ketika kemudian, karamlah dia dalam rahmat dan dalam makluman Allah. Semasa fana atau madat ini lah, orang tu dapat merasakan syuhud.

Ape pulak syuhud ni? Dari tadi bond dok sebut syuhud tapi tak terangkan. Macam ni lah. Syuhud ni bond buatkan bandingan. Macam orang yang seumur hidupnya tak pernah makan buat durian. Skali lalu kat tepi jalan, jumpe orang jual buah durian yang dah siap kopek. Terliur tengok buah durian ni. Masa makan tu terasa kelazatan buah durian tu. Sehingga tak perasan dan tak hiraukan orang di sekeliling. Itu lah yang dimaksudkan dengan syuhud dari ape yang bond faham. Lepas tu test pulak buah tembikai, apple, dan lain lain. Semua nya ada rase yang berlainan. Mana nak sama manggis dengan durian. Kelazatannya berlainan. Tapi sebenarnya, semua tu adalah yang sama, sebab datang dari Allah taala.

Ok, berbalik kepada topik asal, "madat". Nak capai madat seperti yang bond cerita tadi ialah melalui zikir atau mengingati salah satu dari empat perkara yang bond dah sentuh dalam bab syuhud tadi. Kita nak berzikir ni pn kena ada adab adab nya. Bukan main zikir je. Berzikir bukanlah seperti yang kita slalu tengok time orang kenduri. Sempat pulak usha usha orang kiri kanan. Tak khusyuk. Sempat pulak lagi tengok orang senduk lauk gulai malam kenduri tu. Kalau di ibaratkan oleh tok guru bond, tu macam "menghayun petai" je. Buah dah masak tapi tangkai dia masih terlekat kat dahan pokok. Bertabur lah buah petai tu. Zikir semacam tu tak dapat membersihkan hati. Pahala memang confirm dapat, tapi matlamat kita untuk membersihkan hati dan bermesra dalam lautan cinta tu tak kesampaian lah. Rugi macam tu.

Kalau ada yang tak berapa paham ape yang bond cuba sampaikan di sini, cari lah orang orang yang arif dalam hal hal ni. Jangan main agak agak, boleh sesat. Insyaallah dilain masa kita bincang adab adab berzikir dengan lebih detail lagi.

p.s: teringat Iqbal yang menghayun petai suatu masa dulu bak kata kak et. Sampai pening kepala budak tu sebab menghayun petai sebab tak tau adab berzikir. :)

Wassalam
Mohd Fairuz Bin Anuar

суббота, 22 декабря 2007 г.

Tazkirah Aidil Adha

Islam berasaskan kasih mesra sesama manusia kerana kita adalah anak cucu nabi Adam as. Isteri baginda, Hawa orang yang pertama dikenali ibu. Melalui merekalah kita wujud di dunia. Oleh itu asas hidup kita ditegakkan di atas lima perkara, di mana Islam meletakkan asas bermula dengan dua kalimah syahadah.

Kita wajib mengenal Allah dan berusaha untuk mencapai keredhaan-Nya. Apabila kita kenal Allah, kita terasa hendak balas budi melalui ubudiyyah (perhambaan diri).

Sebab itulah perkara pertama yang diperintahkan Allah ialah solat. Selepas itu baru timbul pengorbanan harta benda untuk membolehkan manusia berbaik sesama manusia. Dan puasa merupakan pengorbanan meninggalkan makan minum untuk buktikan penciptaan kita kepada Allah sebagaimana ibu sanggup berlapar untuk menjaga anaknya. Puasa adalah tanda kasih sayang kita kepada Allah.

Dan Haji pula merupakan lawatan kita ke rumah Allah. Kita diminta bertawaf mengelilingi Kaabah, mencari-cari keredaan Allah. Tawaf itu umpama berpusing-pusing apabila kita menziarahi rumah orang lain untuk menemui tuannya.

Berpusing-pusing mengeliling Kaabah itu sebab semasa tawaf ada zikir-zikir yang perlu dibaca, sebagaimana kita sampai ke rumah kawan kita sebut nama anak dan ibu bapanya. Itulah fikrah manusia.

Sebab itu Islam tidak perlu dipaksa-paksa, hanya perlukan kepada dakwah. Dan orang yang sudah faham Islam diwajib memperkenalkannya kepada orang ramai, sebab telah jelaslah petunjuk Islam daripada kesesatan kufur.

Wukuf (di Padang Arafah) tidak ada satu acara dalam falsafah hidup manusia yang meminta kita menetapkan masa khusus berhenti melakukan urusan dunia selain daripada Islam iaitu wukuf. Di mana kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk mencabut rumput, menebang pokok atau membunuh binatang dengan berburu.

Ketika itu tindak-tanduk kita hanya khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih dan membaca al-Quran. Bagaimanapun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah dikehendaki wukuf lima kali sehari semalam (solat).

Wukuf (solat) lima kali sehari mesti dikhususkan untuk Allah. Ini kerana manusia seluruh dunia hanya tahu sayang kepada harta benda, pangkat, kuasa dan sebagainya tetapi tidak sayang pula kepada Allah sebagai tuan yang memberi segala nikmat kepada manusia. Ini punca fikiran manusia menjadi celaru.- tajdid

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

суббота, 15 декабря 2007 г.

Cermin Hati

Agak lama bond tak menulis blog. Mungkin disebabkan kesedihan yang masih belum dapat bond hilangkan dek pemergian ayah yang tersayang. Ayah yang selama ini menjadi "penasihat perdana" (Prime Advisor) atau penasihat fundamental kepada bond. Ayah yang juga teman baik untuk berborak borak tiap tiap hari walaupun ribuan batu jauhnya dari bond di Moscow ni.

Tak dapat bond teruskan blog ni kalau terus menerus bersedih kerana arwah tidak akan mendapat manfaat disebabkan oleh kesedihan ini. Bacaan ayat-ayat suci jualah yang dapat menenangkan hati.

Bercerita pasal hati, bond nak sentuh sedikit sebanyak pasal menyingkap hijab. Hijab itu kalau mengikut makna yang difahami adalah tabir yang menutup pandangan manusia. Tapi bond tak nak cerita pasal mata fizikal. Sebab cikgu Anatomy pn dah puas cerita. Hari ni bond nak cerita pasal mata hati. Hijab pada muka hati. Yang bila terhijab muka hati ini, maka butalah mata hati... Buta bukan bermaksud buta pada zahir, tapi buta sehingga tidak dapat melihat atau tidak dapat mengenal hakikat yang perlu ia mengenalinya. Sampai ketahap yang bond boleh cakap BUTA lah senang cerita...

Mata yang buta tidak akan dapat melihat cahaya (nur) yang membawa kita memandang ke akhirat.

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi hingga mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada" (Al-Hajj: 46)

Bond nak tanya sikit, berapa ramai antara kita yang masih peduli pasal umat islam hari ni? Berapa ramai yang lupa tujuan hidupnya? Berapa ramai yang lupa Allah dan utusannya Nabi Muhammad? Berapa ramai yang lupa janjinya dengan Allah di alam roh dahulu sebelum lahir ke dunia ini? HAMPIR SEMUA ORANG. Susah nak cakap. Bond cakap lebih lebih, diri sendiri pn slalu lalai.

Bukankah kita semua ni masa di alam roh dah ngaku dengan penuh kesungguhan yang Allah tu tuhan kita, kita telah berjanji akan menyembahNya dan mematuhi perintahNya? Memang, mula mula kita mungkir janji... tapi sampai bila kita nak mungkir janji? Dah kira klentong dah kalau asyik mungkir janji je. Untuk mengelakkan dari kecelaan dan kehinaan ini, maka perlulah kita termasuk bond sendiri membersih hati dan menggilap cermin hati.

Lagu mana nak bersihkan cermin hati ni? Kilatkan mcm kita basuh pinggan dalam bathtub kat hostel tu ke? Tok guru bond slalu sebut, tuntut ilmu dan amalkan ilmu tu.. tak guna kalau tak beramal. Rahmat tuhan tak sampai kalau tak beramal. Kita mesti amalkan dengan bersungguh sungguh.. Buang segala benda syirik. Blajar ilmu tauhid dan kita cuba capai kehampiran yang akrab dengan Allah taala.

Bukan senang geng geng skalian... Bukan senang... Practically benda ni mmg susah. Tapi kalau kita buat secara berterusan dan tidak pernah putus putus meminta rahmat dan petunjuk dari Allah taala, insyaallah, hati kita tu akan hidup kembali dengan cahaya nur Tauhid...

Benda pertama yang mesti kita lawan ialah jahil. Kita mesti sedar yang kita ni jahil.. tapi kalau kita ni sedar diri dan cermin diri sendiri selalu, tidak mustahil kita dapat mengenal apa yang WAJIB dikenal secara pasti...

Kita akan ingat tempat asal dan tempat tinggal kita yang hakiki. Kita akan ingat tempat dari mana kita datang dan kita akan kembali... Kita mesti ingat, yang kita datang dari tempat yang paling mulia dan paling tinggi, iaitu dari sisi Allah taala. Lepas tu baru lah kita rasa rindu nak pulang kembali ke tempat asal kita tu. Sampai masa dan ketikanya, dengan izin Allah, roh yang suci dalam diri kita akan kembali dan "berpadu" dengan Dia.

Mungkin apa yang bond tulis dalam blog kali ni agak pelik dan sukar difahami. Harap harap rakan rakan tak salah faham. Ingat pesan bond yang bond lalu cakap dalam post post sebelum ni... Belajar biar berguru. Kalau dok ngaji buku je, tak sampailah maksud ilmu yang ingin disampaikan tu...

Wassalam...

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Allah hu Akbar

Mohd Fairuz Anuar

понедельник, 3 декабря 2007 г.

Assalammualaikum,

"Jangan engkau gerakkan lidahmu, engkau tergesa-gesa dengan itu. Kami-lah yang membacanya dan mengumpulnya. Apabila Kami membacanya, ikutilah bacaan itu. Kemudian kami memberi penjelasan"

воскресенье, 21 октября 2007 г.

Bercerai

Hari ni kita cerita bab sembahyang pulak. Dah asyik cerita pasal hati, kita ubah pulak angin.. Dalam bahasa melayu, kita panggil sembahyang. Asalnya "solah" yang diambil dari perkataan "waslat". Waslat ni berarti lekat atau menghampiri.

Bagi ahli zahir yang memahami ini akan menyatakan: "sembahyang itu ialah mematuhi hukum-hukum yang tertentu, dimulai dengan niat dan diakhiri dengan salam"...

Ahli batin pulak cakap: "penyatuan pencinta yakni orang yang cinta dengan yang dicintai"

Hmmmm.... macam mana nak terangkan ni? Macam ni lah... Solat tu perlu ada wuduk. Kita pi bilik air, then amek wuduk. Makna wuduk yang mendalam ialah "perceraian" dan solat itu adalah "penyatuan"... Kita menceraikan diri kita dengan segala kekotoran dan kemudian menyatukan diri kita dengan cinta yang abadi...

"Siapa yang tidak bercerai, tidak bersatu"- inilah sembahyang yang berkekalan...

Sembahyang yang berkekalan itu adalah tenggelamnya pencinta dalam cintanya kepada yang dicintai. Sembahyang yang biasa ialah 5 waktu sehari semalam. Sembahyang yang 5 waktu itu menghadap ke kiblat. Tapi sembahyang yang berkekalan itu menghadap kepada wajah Allah..

"Dan bagi Allah timur dan barat; ke mana sahaja kamu menghadapkan mukamu di situ ada wajah Allah. Sesungguhnya Allah meliputi semuanya dan Maha mengetahui".. Al-Baqarah 115.

Penglihatan dan kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak disangka-sangka. Ia datang pada masa yang tidak disangka-sangka. Seseorang itu hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-hidangan yang diperlui...

суббота, 20 октября 2007 г.

Mencari Sesuatu Yang Hilang

Mencari sesuatu mestilah dengan dimulai dengan kehilangan sesuatu... Macam mana hendak merasai dan menghargai perjumpaan sesuatu yang kita kita tidak pernah hilang atau sesat daripadanya? Puncak kemanisan itu hanya untuk orang yang pernah merasai kepahitan.

"maka ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir"